5 Petua Mudah Hilangkan Panas Badan - Abang Terlajak Laris


5 Petua Mudah Hilangkan Panas Badan


Badan selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau makan makanan yang memanaskan badan? Badan sering berpeluh menimbulkan masalah bau tengit dan adakalanya sukar untuk tidur malam?

Apa kata cuba petua ni.

1. Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

2. Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

3. Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

4. Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari.

5. Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan. Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.

Cubalah salah satu ni. Mudah je kan?

No comments

Powered by Blogger.