5 Rutin Pagi Ini DiLakukan Akan Menambah Bahagia & Keceriaan Sepanjang Hari - Abang Terlajak Laris


5 Rutin Pagi Ini DiLakukan Akan Menambah Bahagia & Keceriaan Sepanjang Hari


Bagaimana kita memilih untuk meluangkan waktu pagi boleh menentukan bagaimana dan apa yang akan berlaku disepanjang hari kita. 5 rutin pagi ini, jika dilakukan setiap hari secara konsisten pasti akan menjadikan anda sentiasa ceria dan gembira.

Jom cuba.

1. Secara konsisten, cuba bangun lebih awal 10 minit pada setiap minggu sehingga 6-9 minggu, dan anda akan merasakan perubahan dari hari ke hari. Percayalah, rutin ini akan membantu anda mengelakkan stress, keletihan, kelewatan ke tempat kerja dan sakit kepala yang dijangka.

2. Jangan tinggalkan solat subuh, kerana orang yang solat subuh akan dipelihara oleh Allah dan dilapangkan hatinya. Selepas itu solat Dhuha, tanda kita bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah.

3. Elakkan daripada meminum kopi, teh atau minuman lain, sebelum anda mengambil terlebih dahulu segelas yang tinggi air masak.

4. Jangan tidur selepas waktu subuh, terutama pada hari cuti. Isi waktu ini dengan aktiviti yang anda suka seperti bersenam atau sekurang-kurangnya membaca surat khabar.

5. Jangan jadikan pagi anda sepadat seperti sepanjang masa yang lain. Apa yang membantu adalah lakukan perkara penting terlebih dahulu, tetapi jangan cuba untuk memaksa diri melakukan banyak agenda.

Sumber: akuislam

No comments

Powered by Blogger.