5 Tanda Tanda Awal Anda Jatuh Cinta - Abang Terlajak Laris


5 Tanda Tanda Awal Anda Jatuh Cinta


Bagaimana perasaan atau tanda-tanda awal anda jatuh cinta?

1- Anda ada ramai kawan, tetapi dalam ramai-ramai kawan, anda hanya teringat pada si dia sahaja. 

2- Timbul rasa resah gelisah apabila sehari tidak dengar suara si dia. Anda mulalah menjadi 'stalker' profesional melihat laman sosial miliknya. 

3- Anda automatik menjadi cemburu apabila si dia bercerita tentang kelebihan orang lain. Bukan setakat bercerita, malah memuji-muji orang lain di hadapan anda. 

4- Kalau boleh hari-hari nak jumpa dengan si dia. Apabila dah berjumpa, anda akan pastikan perjumpaan itu bukan suatu 'dating' yang sia-sia sahaja. Bahkan, saat berpisah pasti anda terasa tidak sanggup untuk melepaskan si dia pergi. Terasa masa berjalan dengan begitu pantas sekali. 

5) Apa-apa sahaja pemberian daripada si dia pasti anda menyimpannya. Kalau boleh nak buat 'frame' dan gantung untuk tatapan anda serta anak cucu.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)


Sumber:  CARI

No comments

Powered by Blogger.