6 Tips Jadikan Anak Perempuan Suka Untuk Tutup Aurat - Abang Terlajak Laris


6 Tips Jadikan Anak Perempuan Suka Untuk Tutup Aurat


Sejuk mata memandang bila anak anak yang membesar depan mata, sudah pandai mengikut syariat seperti menutup aurat. Ianya tidak mudah untuk dilakukan oleh ibubapa tetapi itulah sepatutnya dilakukan sejak mereka kecil lagi.

Mungkin tips ini boleh membantu anda. 

1. Mulakan pakaian muslimah yang 'sesuai' dari kecil.. seawal 1-2 tahun.

2. Amalkan pemakaian yang patuh syariah secara istiqomah

3. Campurkan anak kita dengan jemaah rakan sebaya yang juga mengamalkan praktis yang sama.

4. Kita sendiri harus menunjukkan uswah yang sama.

5. Apabila dia sudah mumayyiz atau pandai berkata-kata, ceritakan kepada mereka baik buruk menutup aurat, khasnya apabila melihat ada nisak lain yang tidak berpakaian patuh syariah. Itu jadi penebat untuknya dari meniru amalan yang tidak kita suka.

6. Ajak mereka solat berjemaah, berpuasa sunat dan bacakan doa asas yang boleh mereka faham. Sebutkan apa sahaja kemahuan kita terhadap mereka dalam doa yang mereka aminkan itu. Lama kelamaan ia akan meresap dalam minda separa sedar sehingga dia akan sentiasa mengingati dan mengamalkannya secara istiqomah sekalipun di belakang kita.

Pendidikan paling berkesan ialah apa yang kita mulakan sejak buaian dan kita sendiri harus meneruskan pendidikan dan pembelajaran diri hingga akhir hayat. Usia tua tidak semestinya sempurna.

Sumber: wargaperihatin

No comments

Powered by Blogger.