7 Tanda Tekanan Darah Rendah Yang Mungkin Anda Tak Sedar - Abang Terlajak Laris


7 Tanda Tekanan Darah Rendah Yang Mungkin Anda Tak Sedar


Ramai yang menganggap tekanan darah rendah bukan perkara serius seperti tekanan darah tinggi. Akan tetapi ia boleh menjadi kronik jika ia diambil ringan dan ramai diantara kita kurang mengetahui tentang simptom tekanan darah rendah. 

1. Pening atau sakit kepala merupakan simptom biasa untuk  masalah tekanan darah rendah. Tapi sekiranya anda dapat pening kepala ketika bangun dari baring secara cepat, ia merupakan tanda awal tekanan darah rendah. 

2. Tekanan darah rendah yang kronik juga penyebab masalah hilang tumpuan. Hal ini kerana, sel darah tidak dapat dibawa sampai ke otak dengan kadar yang normal.

3. Sering berasa dahaga, ini juga salah satu petanda anda menghadapi masalah tekanan darah rendah.

4. Penglihatan menjadi kabur mungkin juga faktor serius tekanan darah rendah. 

5. Badan sering merasa seram sejuk kerana darah tidak berjalan dengan lancar dan boleh menyebabkan kulit bertukar warna biru. 

6. Kadar degupan jantung yang pantas, anda mungkin mengalami kadar pecutan jantung yang tidak normal.

7. Cepat letih atau penat bukanlah tanda utama tekanan darah rendah tapi ia juga berkemungkinan tergolong darinya.

Sumber: Reader's digest 

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)

No comments

Powered by Blogger.