Anak Suka Makan Daging Burger, Apa Kata Buat Sendiri - Abang Terlajak Laris


Anak Suka Makan Daging Burger, Apa Kata Buat Sendiri


Bukan saja anak-anak, kita yang dewasa pun ada masanya teruja apabila dihidangkan makanan berunsur ‘fast food’ seperti burger dan nugget. Walaubagaimanapun, makanan seperti ini mengandungi pelbagai bahan yang diproses dan tidak elok dimakan selalu. 

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri je. Lebih sihat. Tak gitu?

Ini yang anda perlukan..

2 ketul dada ayam/daging
2 ketul kentang/lobak merah
2 biji telur
1 labu bawang besar
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kiub ayam

Caranya ialah...

1. Kisarkan semua bahan diatas ini.

2. Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati dan masukkan 1 sudu kecil serbuk soda, 3 sudu kecil tepung gandum dan 2 sudu kecil tepung ubi.

3. Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini. Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.

4. Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.

5. Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.

6. Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.

Resepi asal: Siti Fadilah Kamis

No comments

Powered by Blogger.