Apa Yang Isteri Mahu Sebenarnya Dari Suami? - Abang Terlajak Laris


Apa Yang Isteri Mahu Sebenarnya Dari Suami?


Sebagai lelaki, memang sukar untuk memahami apa yang isteri kita mahukan daripada kita sebenarnya. Setuju tak?

Kadang dia berhendakkan sesuatu, tidak diluahkan dengan kata kata tapi sign yang berharap suaminya akan memahaminya. 

Sebenarnya, apa yang isteri mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.

Selain itu, 

1. Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.

2. Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya. Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya, dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.

3. Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri. Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka. 

4. Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.


5. Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.

6. Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.

7. Kasih sayang dan romantik.

8. Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.

9. Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita. Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. 

Sumber: Muhammad Naim 

No comments

Powered by Blogger.