Badan Lenguh Lenguh, Sendawa Tak Lepas? Cuba Petua Ni.. - Abang Terlajak Laris


Badan Lenguh Lenguh, Sendawa Tak Lepas? Cuba Petua Ni..


Kalau rasa badan anda lenguh lenguh, sengal sengal, nak sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa,
dan ibu ibu mengandung yang tak sedap badan tu boleh cuba petua ni.

Tanda bahan banyak angin..

Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
Selalu menguap/mudah mengantuk.
Sukar bernafas/nafas pendek.
Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.

Senang je nak buatnya..


Susu kotak ( jenama apa pun boleh )
*Kalau nak guna susu pekat tin pun boleh
Halia ( besar ibu jari ) lbeh kurang 3-4cm
*Halia ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw dan pedas masuk banyak sikit. Kalau setakat 3-4cm tak rasa apa apa pun tapi tetap berkesan.

Caranya..

1. Hiris halia nipis nipis reneh dgn susu sampai susu mendidih dengan api perlahan.


Amalan..

Seeloknye minum ketika susu masih suam. Kesan serta merta.
Tetiba rasa sendawa dan kentut.

Boleh diamalkan..

Lelaki dan wanita
Ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak, Cukup 2-3cm je halianya.
Boleh minum bila bila masa.
Seminggu 2-3 kali pun ok.

Petua oleh:  Jannah Halimatun

No comments

Powered by Blogger.