Baru Mula Bisnes? 3 Cara Mudah Cari Pelanggan! - Abang Terlajak Laris


Baru Mula Bisnes? 3 Cara Mudah Cari Pelanggan!


Kita nak jual barang kena ada orang beli, betul tak? Kalau tak buat apa bisnes kan? Paling susah nak nak ramaikan pelanggan ketika baru bisnes nak mula. 

Cuba anda praktiskan 3 cara dibawah ini.

1. Cara terbaik nak cari pelanggan buat masa sekarang ini ilah anda adalah dengan gunakan media sosial. Promosikan barangan, produk atau servis anda di media sosial. Anda boleh gunakan media sosial yang sedia ada seperti Facebook, Instagram, Blog, YouTube, Wechat dan sebagainya. Buat copywriting yang menarik untuk setiap produk yang anda pasarkan.

2. Anda boleh promosikan pada orang disekeliling anda seperti keluarga terdekat, rakan-rakan sekerja atau rakan-rakan sekolah anda. Anda boleh cuba buat tester atau bagi sample produk untuk mereka cuba guna atau pakai. Bila dah guna, minta feedback dari mereka. 

3. Anda boleh minta keluarga atau kenalan anda perkenalkan barangan anda kepada rakan-rakan mereka. Jadikan ia sebagai promosi dari mulut ke mulut. Jika produk anda bagus dan boleh beri kelainan dari produk yang dah ada di pasaran, pasti ia akan cepat tersebar. 

Yang ni abang nak tambah, iaitu tularkan produk anda? Tular tu viral lah. Buat kelainan, unik, something yang boleh tarik orang lihat iklan anda. 

Camne, dapat tak sesuatu daripada artikel ni? 

No comments

Powered by Blogger.