Bergelar Ibu Pada Usia 20-an, Kenapa Tidak? Ini 5 Kelebihannya.. - Abang Terlajak Laris


Bergelar Ibu Pada Usia 20-an, Kenapa Tidak? Ini 5 Kelebihannya..


Ada yang cakap jadi ibu di usia muda ni bukan perkara yang best sebab belum puas lagi nak berseronok. Betul ke? Tapi sebenarnya ada banyak kelebihan bagi wanita yang sudah bergelar ibu di usia 20-an!

1. Bukan senang nak hamil, bersalin dan membesarkan bayi kerana memerlukan tenaga. Tapi jika bergelar ibu pada usia 20-an, anda takkan cepat letih sebab masih bertenaga dan rasa excited je.

2. Bila kahwin awal dan bergelar ibu di usia muda, anda akan lebih tahu erti tanggungjawab dan akan pikul segala masalah dalam rumahtangga.

3. Bila dah kahwin boleh je berseronok dengan suami. Pergi mana je anda suka. Bila ada anak, lagi rasa seronok nak share momen indah bersama keluarga kecil anda.

4. Ramai wanita berusia 20-an masih belum tahu tujuan hidup mereka dan menjalani hidup membosankan. Tapi ibu muda ni sangat bertuah kerana anda sudah tahu tujuan hidup dan sudah merasai keseronokan yang setiap wanita impikan.

5. Bila bergelar ibu barulah sedar betapa pentingnya mereka yang melahirkan kita. Ibu muda ni bertuah sebab dapat kesedaran tersebut dari awal lagi.

Sumber: Vanillakismis

No comments

Powered by Blogger.