Buang Angin Dalam Badan? Amalkan Petua Mudah Ini - Abang Terlajak Laris


Buang Angin Dalam Badan? Amalkan Petua Mudah Ini


Selalunya petua untuk badan yang banyak angin ni orang kaitkan dengan halia. Macam-macam cara nak buang angin dalam badan, petua ini elok untuk lelaki dan wanita semua usia termasuk ibu mengandung, tapi kurangkan halia untuk ibu mengandung ya..

Bahan-bahannya:

1. Susu kotak ( brand apa pun boleh ), kalau nak guna susu pekat tin pun boleh

2. Halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm.

Halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nk kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.

Cara-caranya:
Hiris halia nipis-nipis reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.

Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta.  Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu.

Selamat mencuba!

Petua oleh: Nurul Diana

No comments

Powered by Blogger.