Buat Bisnes Makanan? Apa Kata Anda Cuba 6 Tips Pemasaran Bajet Ni.. - Abang Terlajak Laris


Buat Bisnes Makanan? Apa Kata Anda Cuba 6 Tips Pemasaran Bajet Ni..


Makanan keperluan manusia. Jadi bisnes makanan memang menguntungkan jika kena gayanya. Sudah tentu faktor utama bisnes makanan berjaya ialah sedap. Selain itu kawasan sekeliling harus juga dikaji. 

Tak guna buka bisnes makanan ditempat tiada orang dan bukan tumpuan kan?

Bila dah ada 2 faktor ini apa lagi yang kita perlu lakukan? Tentu sekali pemasaran.

Pemasaran yang besar memerlukan bajet yang besar, bagaimana kita boleh buat pemasaran bajet.

1. Gunakan sepenuhnya Facebook.
Cara buat page makanan dan servis di kedai anda. 
Muatnaik gambar menu yang menarik minat ornag berkunjung.
Kongsikan kepada rakan rakan.
Muat naik di group group makanan di Facebook.
Ambil masa belajar Fb ads.

2. Berikan intensif untuk pelanggan sedia ada yang memperkenalkan kita kepada orang lain. Referral menjimatkan kos dan peratusan untuk pelanggan baru membeli lebih tinggi. Kena rajin buat follow up kepada pelanggan sedia ada.

3. Kenali betul betul siapa pelanggan kita. Harga makanan kita adakah sesuai untuk kawasan tersebut.

4. Tukarkan pelanggan jadi peminat, apa pelanggan suka cuba ubah menu anda.

5. Offer percuma kepada pelanggan. Tengok kemampuan anda. Contoh bagi makanan percuma untuk 50 orang terawal. Biar jadi sebutan. Nak hasil gila-gila memang kena buat kerja gila.

6. Libatkan aktiviti dalam kemasyarakatan. Sebagai contoh, cari mana-mana badan sosial yang selalu buat aktiviti, hubungi mereka untuk turut serta dan bekerjasama. Cari ruang untuk menaja apa sahaja asalkan jenama kita boleh dilihat.

Tips asal: Tuan Ikram Al-Banjari

No comments

Powered by Blogger.