Cara Buat Minyak Serai Wangi 'Homemade' - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Minyak Serai Wangi 'Homemade'


Banyak masa tak hari minggu atau hari hari yang lain? Apa kata anda cuba buat sendiri minyak serai wangi. 

Menurut tuan punya asal resepi ni, minyak serai wangi  ni boleh buat urut orang bersalin, melegakan sakit otot kiranya kebas atau lenguh.

Bayi atau kanak kanak kembung perut pun boleh juga digunakan. Ianya juga bertindak sebagai antiseptik.

Bahan bahannya ialah..

2 cawan Minyak kelapa (Kalau masak sendiri lebih wangi) 
1 cawan air
7 batang serai wangi (Ambil sekali dengan akarnya dan daunnya. Bahagian akar tu yang bertombak ketuk bagi pecah)
2 atau 3 ulas bawang putih (Ketukkan)
15 biji lada hitam ketukkan bagi pecah.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
Cara caranya ialah..

1. Serai wangi dibersihkan dan potong. 
2. Ketukkan bahagian akar yang bertombak tu bagi pecah.
3. Ketukkan juga bawang putih dan lada hitam.
4. Campur semua bahan dalam periuk dengan air.
5. Masak dengan api perlahan. Ambil masa dalam 1 jam lebih sehingga air kering.
6. Sejukkan minyak dan boleh simpan dalam botol. 

Resepi asal: Siti Rohani Naim Nani

No comments

Powered by Blogger.