Cara Buat Nuget 'Homemade' - Abang Terlajak Laris


Cara Buat Nuget 'Homemade'


Anak anak pasti suka kan dapat makan nuget? Memang makanan mereka pun. Kalau asyik beli yang dah siap pastinya tak elok untuk mereka kan? Maklumlah prosuk macam tu selalunya ada pengawet.

Jom buat sendiri je..

Bahan bahannya dan cara sediakan


1. 300g daging ayam dikisar halus.


2. 2 sudu teh garam, oregano, lada sulah, lada hitam, herbes de provence dicampur dengan ayam. Letak semua bahan secukup rasa.

3. Gaul sebati dengan ayam dan bentukkan bulat, panjang atau ikut kesukaan masing-masing.

4. Salut Ayam dengan telur kemudian salut lagi dengan bread crumb, ulangi sekali lagi.


5. Panaskan kuali tuang minyak secukupnya. Goreng sampai masak kuning keemasan.

6. Angkat toskan Minyak.

7. Cicah dengan Sos.

8. Kalau suka boleh letak cheese dalam ayam tu.

Kalau nak frozen kan. Salut siap siap letak dalam tupperware.

Masa simpan selang selikan dengan plastik supaya tak melekat dan senang nak ambik..

Resepi: Parmiati Binti Suyudi

No comments

Powered by Blogger.