Cara Gunakan Daun Rambutan Hilang Uban - Abang Terlajak Laris


Cara Gunakan Daun Rambutan Hilang Uban


Pada zaman nenek moyang kita, mereka telah melakukan rawatan terhadap rambut untuk mencegah tumbuhnya uban dengan cara memanfaatkan pada daun rambutan dan ianya terbukti, manfaat dan khasiatnya sehingga banyak dibangunkan oleh penyelidikan mengenai daun rambutan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan rambut.

Daun rambutan merupakan tanaman yang sangat ampuh untuk menghidupkan melanin atau warna pigmen rambut yang sudah mati, sekaligus juga dapat menjaga kesihatan kulit kepala yang kuat, sehingga dapat menjadikan rambut tumbuh lebih subur, kuat dan tidak mudah gugur.

Cara menyediakan daun rambutan untuk dijadikan ramuan mengatasi masalah uban ialah 

1. Ambil beberapa helai daun rambutan (mengikut sukatan yang anda kehendaki) dan bersihkan dengan menggunakan air sehingga bersih. 

2. boleh menumbuk halus daun rambutan atau menggunakan pengisar dengan menambahkan sedikit air. Setelah itu, saringlah daun rambutan yang telah halus, dan dicampurkan dengan air tadi sehingga anda mendapatkan air perasan darinya. 

3. Setelah mendapat air perasan tadi, usaplah pada rambut dari hujung ke akar dan biarkan selama 30 minit atau lebih. Selepas itu, cucilah rambut sehingga bersih. 

Dalam menangani rambut beruban, jadikan kaedah daun rambutan ini sebagai rutin harian dan berterusan mengikut masalah uban yang anda hadapi. 

Sumber: Daunasalhutan

No comments

Powered by Blogger.