Cegah Sebelum Terlambat! 7 Langkah Elak Daripada Terkena Batu Karang - Abang Terlajak Laris


Cegah Sebelum Terlambat! 7 Langkah Elak Daripada Terkena Batu Karang


Proses berlakunya penyakit batu karang mengambil masa yang lama. Saiz batu karang juga berbeza-beza dari sekecil sebutir pasir sehinggalah sebesar bola golf. 

Bahaya ni! Cegah sebelum terlambat.

1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Ianya akan mengurangkan kepekatan garam dan mineral.

2. Minum lebih kerap adalah lebih baik.

3. Elakkan minuman berkarbonat dan kurangkan minuman manis yang lain.

4. Kurangkan pengambilan makanan yang banyak garam termasuk ikan masin dan seumpamanya. Dengan ini ianya akan membantu mengurangkan jumlah kalsium dalam air kencing.

5. Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran berserat.

6. Kurangkan pengambilan makanan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan.

7. Kurangkan pengambilan susu dan produk tenusu yang tinggi kalsium. Kalsium berlebihan akan dikeluarkan oleh air kencing dan meningkatkan risiko penyakit batu karang.


No comments

Powered by Blogger.