Daun Kari Bukan Hanya Untuk Masakan, Ini 7 Rahsia Khasiatnya.. - Abang Terlajak Laris


Daun Kari Bukan Hanya Untuk Masakan, Ini 7 Rahsia Khasiatnya..


Daun kari ni biasanya digunakan dalam menambahkan keharuman masakan dan masyarakat India merupakan pengguna terbanyak daun kari ini.

Betul kan?

Tapi tahukah anda yang daun kari ni mempunyai banyak khasiatnya..

1. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit birit dan buasir.

2. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.

3. Campurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis untuk mengatasi masalah loya dan pening.

4. Berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.

5. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.

6. Campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari. Masakkan ia sehingga hangus. Setelah sejuk gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.

7. Daunnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal pada bahagian yang lebam dan bengkak itu.

Sumber: Bernamaradio

No comments

Powered by Blogger.