Goreng Pisang Yang ‘Super’ Rangup? Cuba 6 Petua Ini - Abang Terlajak Laris


Goreng Pisang Yang ‘Super’ Rangup? Cuba 6 Petua Ini


Sebenarnya, ada beberapa cara turun-temurun dan petua goreng pisang yang boleh anda cuba di rumah. Boleh pilih yang mana-mana berdasarkan bahan yang ada di dapur anda.

Cuba petua ini untuk goreng pisang tetap rangup dan garing walaupun disimpan buat beberapa lama.

1. Anda boleh menambahkan 1 sudu besar air kapur masakan dalam bancuhan tepung. Gunakan nisbah 2:1 untuk tepung beras: tepung gandum. Tambahkan 1 sudu teh gula dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Kemudian, tambahkan air secukupnyadan pastikan ia tidak terlalu cair.

2. Petua goreng pisang ini adalah antara yang paling ‘simple’, Caranya, gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air, serbuk kunyit dan garam. Kemudian tambahkan minyak masak yang panas dan gaulkan semula.

3. Cuba guna bancuhan tepung pulut. Nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2. Selain itu, bahan yang diperlukan adalah 1 biji telur, sedikit garam, dan 1 sudu teh serbuk kunyit. Caranya, campurkan saja semua bahan ini dan masukkan air secukupnya. Kacau hingga sebati dan bolehlah menggoreng.

4. Cuma tambahkan sedkit kelapa parut ke dalam bancuhan tepung, kunyit, air kapur, kelapa parut, telur dan garam.

5.Campurkan tepung gandum yang digunakan bersama sedikit soda bikarbonat sebelum membancuhnya dengan air, garam, dan serbuk kunyit.

6. Tambahkan 2 sudu marjerin atau ‘butter’ ke dalam bancuhan tepung gandum, serbuk kunyit dan sedikit garam / gula.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.