Hati Tidak Tenang, Serabut Macam Ada Yang Tak Kena? Jom Ketahui 5 Puncanya.. - Abang Terlajak Laris


Hati Tidak Tenang, Serabut Macam Ada Yang Tak Kena? Jom Ketahui 5 Puncanya..


Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah macam tidak kena? Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup.

Mungkin anda mengalami 5 perkara ini.

1. Sukar memaafkan. Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

2. Menggunakan sesuatu yang haram & tak terfikir tentangnya. Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara yang sebenarnya boleh menjadi haram didalam kehidupan seharian kita.

3. Selalu melambatkan-lambatkan solat. Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. 


Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
4. Tidak selalu membaca al-quran. Manfaat yamg besar dari membaca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati.

5. Jangan pernah kita terlampau berkira dalam kehidupan kita. Percaya atau tidak, orang yang kedekut serta berkira ini rezekinya sempit dan hatinya selalu tidak tenang.

Selamat beramal. 

Olahan semula: akuislam

No comments

Powered by Blogger.