Hilangkan Lendir Bendi? Cuba 5 Cara Ni.. - Abang Terlajak Laris


Hilangkan Lendir Bendi? Cuba 5 Cara Ni..


Bila nak masak sayur bendi, bagi yang tahu memasak memang dah tahu kan bendi ni berlendir? Macam mana nak hilangkan lendir tersebut?

Abang kongsikan petua dengan anda. 

1. Sebaik sahaja anda memotong bendi, basuhkan bendi bersama dengan air asam jawa. Boleh juga rendamkan bendi seketika dengan air asam jawa untuk hilangkan lendir.

2. Selepas memotong bendi, cuci dan bersihkan bendi seperti biasa. Ambil garam secukupnya dan gaulkan. Biarkan seketika dan cuci terlebih dahulu sebelum masak. Perhatikan lendir pada bendi sudah berkurangan.

3. Rendam bendi yang telah dipotong bersama dengan 2 sudu cuka makan. Biarkan selama 5 minit. Kemudian rendam airnya dan rendam kembali dengan air biasa. Ramaskan bendi dan buangkan lebihan lendir yang masih ada. Toskan semula dan cuci lagi sebelum digunakan untuk memasak.

4. Sebelum dipotong dan disiang. Basuh bendi terlebih dahulu kemudian sejatkan dalam penapis. Bila air benar-benar kering barulah bendi dipotong. Tak perlu membasuh lagi bendi selepas dipotong.

5. Selepas dipotong dan dibersihkan. Goreng bendi didalam kuali tanpa minyak. Sehingga bendi menjadi kering dan tidak mengeluarkan lendir lagi.

Begitulah petuanya. Selamat mencuba ya.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

No comments

Powered by Blogger.