Jangan Main Pakai Je.. 3 Petua Terbaik Cara Pilih Pomade! - Abang Terlajak Laris


Jangan Main Pakai Je.. 3 Petua Terbaik Cara Pilih Pomade!


Trend sekarang daripada orang dewasa hingga kanak kanak semuanya memilih untuk memakai pomade. Begitu juga penghasilannya, pelbagai jenama tumbuh dalam pasaran. Tahukah anda macam mana nak pilih pomade yang sesuai dengan anda?

1. Tentukan pomade sesuai dengan jenis rambut anda
Untuk jenis rambut yang lurus dan mudah untuk disikat cukup memilih jenis pomade yang tidak begitu ekstra hold. Sebaliknya, untuk jenis rambut yang kerinting sangat disarankan menggunakan pomade ekstra hold atau ketahanan (hold) yang cukup kuat. Ini dapat membantu rambut anda sentiasa nampak lurus. 

2. Pilih pomade waterbased 
Jenis pomade ini memiliki daya ketahanan/hold yang cukup baik dan mudah untuk dibersihkan dengan air. Untuk pomade jenis ini juga sangat sesuai bagi anda yang banyak menghabiskan kegiatan di indoor. Daya tahan pomade jenis ini adalah sekitar 8 jam. Pomade jenis ini sesuai untuk kegunaan harian. 

3. Pilih pomade yang menjaga kesihatan rambut anda 
Ini adalah aspek yang paling penting untuk anda ambil berat sebelum membeli mana-mana pomade. Pilih pomade yang mempunyai tambahan abstrack semula jadi atau vitamin E.

p/s: Pomade dengan tambahan Vitamin E akan menjadikan rambut lebih sihat dan berkilat daripada sebelumnya. Vitamin E akan melembapkan dari akar ke hujung rambut dan membantu memulihkan sinaran yang hilang. Dapat merangsang pertumbuhan rambut , mengembalikan khasiat semula jadi rambut dan memperbaiki rambut bercabang.

Sumber: rahsiapomade

No comments

Powered by Blogger.