Jom Cuba Resepi Kerabu Epal Hijau - Abang Terlajak Laris


Jom Cuba Resepi Kerabu Epal Hijau


Buah epal hijau ni memang kalau makan ada rasa sedikit masam daripada buah epal merah kan? Tetapi ianya dikatakan bagus untuk mereka yang tengah berdiet. Jusnya itu jika diamalkan selalu boleh menurunkan berat badan.

Tapi bukan menu diet yang abang nak share kepada anda kepada hari ni tapi cara menyediakan kerabu epal hijau. Jom buat. 

Bahan-bahan:

3 biji epal hijau *
Segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 Batang serai*
5 Helai daun limau perut*
6 Biji cili api*
Perahan limau/lemon
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)

Cara:

1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.
2. Campurkan semua bahan-bahan tersebut dan digaul rata agar bercampur.
3. Akhir sekali taburkan dengan kacang tanah yang ditumbuk tadi. 
4. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ya. 

No comments

Powered by Blogger.