Kacang Murunggai? Pokoknya Digelar 'Pokok Ajaib' Khasiatnya Luar Biasa - Abang Terlajak Laris


Kacang Murunggai? Pokoknya Digelar 'Pokok Ajaib' Khasiatnya Luar Biasa



Info kali ini 'rare' sikit, abang taj tahu samad anda mengenalinya atau tidak.

Kacang Murunggai cukup terkenal sebagai makanan kegemaran di kalangan masyarakat india. Berasal dari keluarga tumbuhan Moringaceae yang mana nama saintifiknya adalah Moringa Olifela. Masyarakat Malaysia menamakannya murunggai ataupun kelor.

Walaupun ia mempunyai pelbagai kelebihan, khasiat moringa kurang diketahui oleh masyarakat Melayu,mungkin kerana ia bukan berasal dari negara ini.

Petikan daripada Sinar Harian, Moringa mengandungi Vit A, B1, B2, B3, C, Kalsium, Potasium, Besi, Zink, Kronium, Tembaga, Magnesium, Manganese, Phosphorus, dan 20 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Ia berguna dalam aspek lumpuh, inflamasi, demam, batuk, selsema, inflamasi salur nafas dan penyakit paru-paru.

Daunnya juga berguna untuk menyembuhkan penyakit skurvy (Rahang gigi berdarah) , anemia (kekurangan sel darah merah) dan memulihkan sistem fungsi badan.

Kajian terkini telah mendapati bahawa Moringa juga mengandungi Cytokinin. Kompaun unik ini telah mendapat bukti saintifik dalam kajian klinikal bahawa ia dapat membantu untuk meningkatkan tumbesaran produk pertanian dan bila ia ditambah dalam pemakanan binatang ternakan, ia jelas akan menambah pengeluaran susu dan mencergaskan regenerasi sel badan.

Hebat kan? 

3 comments:

  1. Replies
    1. Ada masa boleh lawat website saya di http://bit.ly/ilmuforexsebenar

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian maklumat mengenai Moringa Oleifera Dato, Kami sebagai pengeluar produk kesihatan berasaskan Moringa Oleifera amat berbesar hati Kerana info sebagini diberi perhatian oleh Dato... Terima kasih sekali lagi

    ReplyDelete

Powered by Blogger.