Masak Bubur Nasi Bayi, 7 Minit Dah Siap! - Abang Terlajak Laris


Masak Bubur Nasi Bayi, 7 Minit Dah Siap!


Abang nak kongsikan cara memasak bubur nasi hanya 7 minit. Langkahnya mudah sangat. Bagi ibu bekerja, sambil bersiap pun boleh menyediakannya. 

1. Basuh beras hingga bersih tak perlu tos.

2. Masukkan beras dalam bekas dan letak sedikit air di dalamnya. Frozen atau letakkan bekas berisi beras ini dalam bahagian sejuk beku (contoh kuantiti dua cawan beras iaitu stok bubur nasi bayi untuk 5-6 hari) seperti gambar diatas.

3. Bila mahu memasak bubur, keluarkan dari peti ais dan terus masukkan dalam periuk. Tambah air, biarkan saja beras yang beku di dalam periuk. Jika mahu masukkan ayam dan sayur, letak pada waktu ini kerana beras yang disejukkan tadi akan mengembang terlalu cepat seperti gambar diatas.

4. Minit pertama gunakan api sederhana. Jangan tinggalkan bubur untuk melakukan kerja lain jika tak mahu bubur hangit.

5. Minit ke-7, beras sudah kembang dan menjadi bubur. Kalau kuantiti tidak banyak penyediaan bubur ini akan mengambil masa kurang dari 15 minit.

6. Inilah rupa bubur yang sudah siap dan disejukkan, kembang elok, pekat dan halus. Selamat mencuba.


Sumber: Nor Sakinah Md Zainal

No comments

Powered by Blogger.