Masakan Terlebih Masin? Cuba 5 Petua Ini.. - Abang Terlajak Laris


Masakan Terlebih Masin? Cuba 5 Petua Ini..


Wanita ni bila memasak ikut emosi kan? Betul tak? Bila tengah bergaduh dengan laki tetiba terletak lebih garam, masin pulak dah masakan.

Jangan risau ada petuanya.  Abang pun tak pasti sejauh mana berkesannya, mungkin anda boleh cuba dulu ya. 

1. Ambil sehelai atau secebis kain bersih. Masukkan hampas kelapa dan ikat seperti sup bunjut. Kemudian masukkan ke dalam gulai biarkan selama 5 minit dan keluarkan semula uncang tersebut.

2. Bagi masakan seperti sambal, ambil sebiji kentang dan belah empat. Masukkan semula sambal yang masin tadi bersama kentang dan masukkan sedikit air dan biarkan sehingga air menjadi kering yang anda inginkan. Kentang tersebut berjaya menyeimbangkan rasa masin didalam masakan termasuk masakan berkuah.

3. Ambil pelepah pisang lebih kurang dalam 5 cm dan masukkan dalam masakan yang masin. Biarkan sehingga masakan mendidih dan keluarkan semula pelepah pisang tersebut.

4. Tutup masakan yang masin menggunakan penutup periuk dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian angkat dan basuhkan penutup periuk tersebut menggunakan air. Biarkan air yang melekat pada tudung periuk tanpa perlu di lap. Tutup sehingga tiba waktu untuk menghidang.

5. Masukkan daun pisang yang sudah dicuci bersih dalam masakan yang masin tadi. Biarkan dalam setengah jam. Masakan siap disediakan. Pastikan api sudah ditutup sewaktu mencuba cara ini.

No comments

Powered by Blogger.