Nak Kempiskan Perut? Jom Buat Jamu Sendiri - Abang Terlajak Laris


Nak Kempiskan Perut? Jom Buat Jamu Sendiri


Jamu, ada suka amalkan ada yang tak? Yang tak suka tu tak pe lah. Tapi bagi pengamal tegar tu cuba anda amalkan jamu buat sendiri ni.

Bahan-bahannya

3 sudu besar halba. Direndamkan halba dalam air selama 2 minit dan toskan seketika

3 cm halia muda 

3 Ulas bawang putih

15 biji lada hitam

Caranya.

1. Ditumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudian dicampur halia,bawang putih last masukkan lada hitam. 

2. Tumbuk sampai hancur. 

3. Kemudian bahan bahan tersebut digentel kecil seperti maajun. 

4. Biarkan seketika sampai kering.

5. Boleh disimpan dalam satu bekas dan simpankan dalam peti sejuk.



Aturan makan.
Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan.
Diamalkan secara berterusan untuk kempiskan perut. Setiap hari.

Hasilnya:
Badan akan ringan dan angin akan keluar dan akan mengempiskan perut.

Siapa yang boleh amalkan?
Untuk wanita yang bersalin caesar sangat disyorkan diambil ketika pantang sebab banyak angin.
Perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan.
Bagi ibu breastfeed boleh makan jamu ini (kalau baby jaundis jangan amik dulu)

Tips cara makan ini:
Selepas menelan jamu ini, standby kan roti atau apa apa kuih untnk alas perut. Minum dengan air suam. Selamat mencuba. 

Resepi asal: Suzyhoney Herbs

No comments

Powered by Blogger.