Pernah Cuba Susu Kayu Manis? Ini 5 Kebaikkanya.. - Abang Terlajak Laris


Pernah Cuba Susu Kayu Manis? Ini 5 Kebaikkanya..


Tahukah anda gabungan kayu manis dan susu berfungsi sebagai ubat untuk pelbagai penyakit, salah satunya ia boleh membantu anda untuk mendapatkan rehat yang cukup serta tidur yang lebih baik.

Campuran kedua bahan ini bukan sahaja mempunyai banyak manfaat kesihatan dan kecantikan yang lain malah mempunyai rasa yang hebat.

Cara menyediakannya..

1. Untuk membuat susu, hanya panaskan susu sehingga mendidih.
2. Tuang ke dalam cawan dan tambahkan kayu manis.
3. Tutup cawan dan biarkan ia bersama kayu manis kira-kira 10 minit.
4. Buang kayu manis tadi.
5. Tambah madu mengikut citarasa anda.
6. Diatasnya boleh ditabur serbuk kulit kayu manis sekali.



Kebaikanya..

1. Diyakini dapat membantu proses pencernaan lebih baik.

2. Ia membantu anda tidur lebih lena dan juga tenang pada waktu malam.

3. Melindungi badan dari jangkitan kuman dan bakteria yang menjadi punca selesema serta demam berpanjangan. 

4. Antioksidan yang terkandung dalam kayu manis dapat membantu mengawal tahap gula darah.

5. Minum susu bersama kayu manis secara teratur akan membantu mengurangkan rongga, menguatkan gusi dan mengurangkan gigitan serangga.

No comments

Powered by Blogger.