Petua Merawat Bentan, Ini Caranya.. - Abang Terlajak Laris


Petua Merawat Bentan, Ini Caranya..


Masalah bentan sering dikaitkan dengan wanita dalam tempoh pantang bersalin. Apakah sebenarnya bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.

Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.

Antara tanda tandanya ialah..

Rasa menggigil sejuk hingga ke tulang.
Rengat.
Terkancing gigi.
Lenguh-lenguh sendi.
Rasa seperti mahu pitam.

Tapi setiap penyakit ada penawarnya. Saya nak kongsikan cara merawat bentan paling mudah dan paling berkesan. Bila bentan, maksudnya badan dalam  keadaan sejuk. Jadi perlu panaskan badan.

Caranya..

1. Masak nasi panas panas.

2. Bakar atau sangai bawang putih 4 ke 5 ulas.

3. Masukkan seulas bawang putih dalam nasi dan kepal kepalkan.

4. Selawat sambil kunyah nasi dan telan.

Petua oleh: Puan Anor (Mak bidan yang berdaftar dengan KKM dan mempunyai banyak ilmu perbidanan.

No comments

Powered by Blogger.