Petua Rawatan Bila Sawan Tangis Bayi - Abang Terlajak Laris


Petua Rawatan Bila Sawan Tangis Bayi

Gambar Hiasan

Bayi yang sakit sawan tangis biasanya akan menangis pada masa-masa tertentu tanpa sebab atau punca. Selalunya tangisan itu memanjang untuk beberapa jam. Sawan tangis ini di sebabkan oleh rasukan atau gangguan jin atau makhluk halus. Dalam masa yang tertentu, bayi itu kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa, dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

Anda boleh mencuba petua ini..

1 – Ambil segelas air masak.

2 – Bacakan pada air tersebut surah Al fatihah, ayat qursi (sebaik-baiknya dibaca 9 wakaf), surah Al-ikhlas (7x), surah Al-falaq (7x), surah An-nas (7x).

3 – Tiup ke dalam air tersebut.

4 – Pada waktu maghrib, ambil anak yang selalu menangis malam itu, bawa ke depan pintu utama rumah.

5 – Lunjurkan kaki dia ke arah luar rumah (melalui pintu utama tersebut), kita mesti duduk di bahagian kepala dia.

6 – Ambil air yang telah dibacakan tadi, masukkan ke dalam mulut kita (bukan minum).

Boleh dapatkan dengan agen/ toko jamu terdekat anda
7 – Ketika anak tersebut sedang melalak, semburkan secara mengejut air tersebut (melalui mulut kita) ke kanan, kemudian ke kiri, kemudian yang terakhir sekali ke tengah; iaitu kesemuanya ke seluruh badan iaitu dari kepala sehingga ke kaki. Pastikan kena di bahagian pertemuan kening tersebut, sembur paling kuat di situ.

8 – Ulang langkah 1 -8 selama 3 hari berturut-turut (menurut ustaz, insyaAllah 1 hari pun biasanya sudah berjaya, tapi untuk memastikan keberkesanannya).

9 – Lebihan air ini, bagi anak itu minum dan sapu pada ubun-ubunnya. Paling baik sekali jika dimandikan anak itu dengan air tersebut.

10 – Untuk memandikannya, sebaik-baiknya dicampur dengan limau purut, kalau tiada limau purut gantikan dengan daun bidara, kalau masih tiada daun bidara, gantikan dengan limau nipis (tetapi kurang elok auranya).

Sumber: muhdarifaiman

No comments

Powered by Blogger.