Nak Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap, Gerenti Menambah 2 Pinggan - Abang Terlajak Laris


Nak Asam Pedas Ikan Tenggiri Sedap, Gerenti Menambah 2 Pinggan


Nampak sedap kan? terbaik ni makan dengan nasi panas panas. Nak cuba ikut resepi macam bawah ni ya.

Bahan -bahannya ialah..


Bawang besar - 2 biji dikisar
Bawang putih - 5 ulas dikisar
Cili mesin - 7 sb
Daun limau purut - 7 helai
Daun kesum
Bunga kantan - 2 kuntum 
Serai - 4 batang diketuk
Lengkuas - diketuk hingga pecah
Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
Air perahan asam jawa
Bendi, tomato.
Ikan tenggiri

Cara-cara masak..

1. Tumis bawang besar & bawang putih.

2. Masukkan cili mesin, letak daun limau purut, serai, lengkuas, bunga kantan.Tumis hingga cili garing. Pastu letak serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Letak ajinomoto sikit je.

3. Masukkan air asam jawa

4. Masukkan daun kesum

5. Dah mendidih. Masukkan ikan.

Last sekali bendi dan tomato.

Siap!!

Resepi oleh: Hbaibah Johar

No comments

Powered by Blogger.