Resepi Asli Tomyam Thailand Abang Terlajak Laris - Abang Terlajak Laris


Resepi Asli Tomyam Thailand Abang Terlajak Laris


Mana yang tak sempat tengok video abang live masak resepi asli tomyam thailand semalam boleh rujuk disini ya resepinya..

Apa yang anda perlukan ialah..

1. Daging, udang, ayam dan sotong dipotong kecil.
2. Halia
3. Lengkuas
4. Serai
5. Bawang merah 
6. pes tomyam
7. Cili merah
8. Daun limau purut
9. Bawang putih
10. Limau nipis
11. Susu cair. 
12. Daun ketumbar
13. Tomato

Caranya ialah..

1. Masukkan air dalam kuali/periuk.
2. Masukkan halia, lengkuas, serai.
3. Masukkan daging.
4. Masukkan cili merah, bawang putih, bawang merah dan pes tomyam.
5. Biarkan mendidih.
6. Masukkan ayam. 
7. Perasakan dengan garam, ajinomoto, air perahan limau dan serbuk lada hitam.
8. Masukkan daun limau purut dan serbuk cili.
9. Masukkan susu cair.
10. Masukkan udang dan sotong,  reneh sekejap. 
11. Masukkan daun ketumbar dan tomato.

Siap, mudah kan? Campak campak je..

No comments

Powered by Blogger.