Resepi Ayam Penyet Mudah & Terlajak Sedap! - Abang Terlajak Laris


Resepi Ayam Penyet Mudah & Terlajak Sedap!




Pastinya ramai yang suka makan nasi ayam penyet kan? Haa..kali ni abang nak kongsikan kepada anda cara buat ayam penyet.

Ini bahan bahannya ialah..

Serai*
Lengkuas*
Halia*
Kunyit hidup*
Bawang besar*
Bawang merah*
Bawang putih*
Biji ketumbar*
Buah keras*


Kisar kasar bahan yang bertanda *.

Kaedah penyediaan ialah..

1. Gaul bahan yang telah dikisar tadi degan ayam masukkan garam gula serbuk pati ayam.



2. Rebus ayam yang telah digaul tadi hingga masak.



3. Toskan ayam yang siap direbus 



4. Tapis segala 'sampah' dalam rebusan.

5. Goreng ayam sehingga masak.

6. Goreng habuk habuk yang ditapis tadi tabur atas ayam.

Sumber resepi : Erma Fatma


No comments

Powered by Blogger.