Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api - Abang Terlajak Laris


Resepi Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api


Malam ni abang nak berkongsikan dengan anda satu resepi lauk sesuai untuk dihidangkan makan malam atau makan tengahari. 

Pertamanya anda kenalah makan ikan keli. Ada ke yang tak makan? Kenapa ya?

Sedap kot.

Cuba resepi ni tau. Tak susah pun nak buat.

Ini bahan bahannya..
1) 4 ekor ikan keli – dicuci dengan jus limau nipis untuk hilangkan hanyir. Gaul garam kunyit dan bakar/salai hingga masak.
2) 2 batang serai diketuk.
3) 1 helai daun kunyit dihiris.
4) 2 kotak kecil santan pekat.
5) 1 cawan air.
6) 2 keping asam gelugor.
7) Garam.

Bahan Tumbuk Lumat
1) Segenggam cili api
2) 2 inci kunyit hidup

Cara Memasak
1) Masukkan bahan tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk. Masak sehingga air menjadi kering.
2) Masukkan santan pekat dan air.
3) Masukkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
4) Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.