Resepi Jamu Beras Kencur Terlajak Laris - Abang Terlajak Laris


Resepi Jamu Beras Kencur Terlajak Laris


Mesti ada dikalangan anda yang dah tengok video live saya pagi tadi kan? Saya dan isteri ada kongsikan dengan anda cara buat resepi jamu beras kencur terlajak laris. 

Ianya bagus untuk wanita. Antaranya ialah..

1. Merapatkan bahagian intim wanita.
2. Mewangikan badan dan bahagian sulit wanita.
3. Tambah tenaga dalaman wanita.

Kepada yang tak sempat nak salin tadi bahan dan cara membuatnya boleh baca dibawah ini.

Bahan bahannya ialah..

1. Air masak
2. Kunyit hidup
3. Limau nipis
4. Kencur
5. Halia
6. Daun pandan
7. Asam jawa
8. Gula Merah
9. Garam
10. Madu
11. Beras biasa yang direndam selama 3 jam

Cara caranya ialah..

1. Panaskan air 3-4 cawan dalam periuk sampai mendidih. 
2. Masukkan kunyit, halia, kencur, daun pandan dan kacau.
3. Biarkan 5-6 minit.
4. Tapiskan airnya
5. Masukkan beras yang direndam, bahan rebusan tadi kecuali daun pandan, gula merah kedalam lesung dan tumbuk sehingga lumat.
6. Letakkan bahan tumbuk atas penapis, alirkan air rebusan tadi atas bahan tumbuk sambil dikacau sehingga keluar ekstraknya.
7. Campurkan madu, asam jawa, garam, air perahan limau nipis sedikit dan kacau sekata.
8. Siap.

Selamat mencuba!

Untuk mudah faham, anda boleh lihat video dibawah ini. 

No comments

Powered by Blogger.