Nak Ayam Masak Hitam Jadi Lebih Sedap? Cuba Cara Ni - Abang Terlajak Laris


Nak Ayam Masak Hitam Jadi Lebih Sedap? Cuba Cara Ni


Anak anak suka kan makan ayam? Apa kata anda cuba buat resepi ni. Ayam masak hitam. Kenapa hitam? Sebab kita masukkan kicap. Hee..

Bahan bahannya..

1/2 ekor ayam 
10 tangkai cili kering 
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia besar ibu jari 
1 biji tomato potong potong suka hati(buat hiasan)
1 biji bawang besar potong suka hati (buat hiasan)
Kicap manis secukup rasa (contoh kicap kipas udang)
Rempah untuk menumis (pelaga, bunga lawang, kayu manis)



Caranya mudah je..

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.

2. Ayam potong sederhana gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sikit dan goreng separuh masak.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar biar sehingga pecah minyak.

4. Masukan ayam goreng tadi tambahkan kicap manis secukupnya. Kemudian tambahkan air 1/2 cawan dan tutup tudung periuk dan biar sehingga mendidih.

5. Masukan gula, garam secukup rasa, tomato, dan bawang besar dan apabila kuah dah pekat matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Siap! Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.