Resepi Mudah Kempiskan Perut, Cubalah! - Abang Terlajak Laris


Resepi Mudah Kempiskan Perut, Cubalah!


Dah banyak rasanya abang kongsikan dengan anda cara buat jamu kempiskan perut ni kan. Ada banyak versi, kelainan hanya pada bahannya saja. Tapi apa yang pasti ianya tidak dicampur dengan bahan kimia dan hanya bahan bahan alami. 

Petua kali ini dikongsikan oleh Nurul Diyana Kamaludin

Perempuan ni bukan mudah nak dapatkan perut yang leper bila sudah beranak pinak. Anak 1 tak rasa lagi. Bila dah masuk 3, 4 orang mulalah. Macam-macam disapu tak juga leper.

Antara sebab perut susah leper adalah banyak angin dalma badan. Macam mana nak leperkan perut? Kita buang dulu angin-angin yang tak diperlukan dalam badan tu.

Resepi ini sangat mudah, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan rempah dari dapur sahaja. Sangat sesuai untuk :

1. Kempiskan perut
2. Buang angin dalam badan
3. Yang bersalin czer sangat digalakkan sebab anda tak bertungku untuk kempiskan perut.

Ingat ya!!!

1. Ibu mengandung tidak di benarkan
2. Ibu breastfeed boleh amalkan selepas bayi bebas jaundice./

Aturan makan:

1. Ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan. (Bergantung kepada ketahanan dan keperluan badan)
2. Diamalkan setiap hari secara berterusan untuk kempiskan perut.

Caranya ialah..

1. 3-4 cm halia
2. 3 sudu besar halba. Kalau nak lembut sikit rendamkan sekejap dalam air panas.
3. 3 ulas bawang putih. 
4. 15-21 biji lada hitam
5. Tumbuk dalam lesung hingga lumat, guna blender kering pun boleh.
6. Gentel bulat. Saiz ikut selesa anda nak telan. Keringkan dan simpan dlm bekas bertutup. Satu adunan tahan lebih kurang 2 minggu bergantung keperluan dan ketahanan badan.


No comments

Powered by Blogger.