Resepi Pekasam Daging Masak Lemak Cili Api - Abang Terlajak Laris
banner-cikgu-01

Resepi Pekasam Daging Masak Lemak Cili Api


Ada yang suka makan pekasam daging. Biasa goreng macam tu je dah sedap kan? Apa kata anda cuba buat masak cili api. Lagi sedap tau.

Bahan bahan

200 g pekasam daging 
7 biji cili api | ditumbuk (lebih pun boleh bagi berapi)
4 biji bawang merah | ditumbuk
1 inci kunyit hidup | ditumbuk
2 batang serai | dititik
150 ml santan cair 
100 ml santan pekat
1 helai daun kunyit | disiat siat

*Boleh tambah rebung

Cara memasak 

1. Masukkan daging pekasam, bawang, serai, kunyit, cili api, santan cair ke dalam periuk. Renehkan. Sampai daging separuh empuk.

2. Masukkan santan pekat dan daun kunyit.

3. Kacau jap. Siap.

No comments

Powered by Blogger.