Resepi 'Teh Tarik Masak Dalam Periuk', Lagi Sedap - Abang Terlajak Laris


Resepi 'Teh Tarik Masak Dalam Periuk', Lagi Sedap


Bila nak minum teh tarik yang sedap, kita biasanya terus ke kedai mamak. Kadang-kadang dah jadi rutin harian pula malah ada juga yang ketagih teh tarik mamak.

Teh tarik masak dalam periuk pernah dengar atau pernah cuba? Katanya lagi sedap daripada teh tarik biasa. Apa kata anda cuba ya..

Bahan-bahannya:

Serbuk teh
Susu pekat atau susu cair
Secubit garam
Air secukupnya
Periuk

Cara membuat:

1. Tuang air dalam periuk, masukkan sekali teh dan susu.
2. Masak atas api hingga menghasilkan warna teh yang pekat dan wangi teh naik. Biarkan hingga mendidih.
3. Rasa air teh dan sesuaikan manisnya.
4. Selepas warna teh nampak pekat, masukkan secubit garam untuk memberi rasa lemak pada teh.
5. Padamkan api lalu tuang atau tarik dalam cawan sebelum dihidang.

*Teh tarik yang disediakan dengan cara ini tidak akan menyebabkan perut kembung walau pun diminum beberapa cawan.
*Boleh juga ditambah sedikit hirisan halia untuk menambah keenakannya.

Petua asal: Zaim Ahnaf Sufi

No comments

Powered by Blogger.