Sebelum Nak Mulakan Bisnes Sendiri, Anda Perlu Kuasai 7 Tips Ini - Abang Terlajak Laris


Sebelum Nak Mulakan Bisnes Sendiri, Anda Perlu Kuasai 7 Tips Ini


Nak membina dan membangunkan satu bisnes bukan kerja yang mudah. Tiada yang datang dengan senangnya. Untung dan rugi permainan dalam perniagaan. Untuk mengekal tempo bisnes perkara yang penting untuk dilakukan. Jadi jika anda baru memulakan bisnes, kuasai 7 tips ini dulu ya.

1. Asingkan perbelanjaan syarikat dan perbelanjaan peribadi. Buat 2 akaun bank. Satu untuk syarikat. Satu untuk sendiri. Rekod semua perbelanjaan syarikat dalam buku kira-kira. Gajikan akauntan untuk menjaga duit syarikat bila bisnes sudah mampu.

2. Jangan sewa kedai ketika baru bermula, bila kewangan sudah kukuh dan mampu lakukan.

3. Pertama kali nak berbisnes, jangan buat loan bank. Mulakan bisnes dengan duit yang ada dalam tangan. Jika bisnes lingkup, duit hangus, kita takkan jadi papa kedana. Kita dapat bangun semula, dan cuba semula.

4. Jangan salah memilih produk pertama yang kita mahu jual bagi memulakan bisnes. Apabila barang itu sukar dijual, kita boleh patah semangat. Bagi tujuan belajar memulakan bisnes pertama, pilih barang yang sangat mudah dijual. 

5. Tangguhkan kepuasan dahulu. Kajian menunjukkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang sanggup menangguhkan kepuasan. Kepuasan bermaksud kita sudah membayangkan barang-barang yang kita mahu beli. 

6. Jadi kuli dulu. Budaya berkuli adalah strategi yang sangat efektif bagi tujuan belajar ilmu-ilmu bisnes praktikal dan skill-skill asas dalam sesuatu sektor bisnes.

7. Mindset kena kuat. Bisnes memerlukan ketahanan psikologi yang tinggi bagi menanggung stres dan cabaran bisnes. Ingat kita bukan makan gaji lagi, kita majikan. 

Sumber: Seminar Job Escape Plan 28 November 2015

No comments

Powered by Blogger.