Selain Rasanya Sedap, Terkandung 5 Khasiat Hebat Dalam Buah Bidara - Abang Terlajak Laris


Selain Rasanya Sedap, Terkandung 5 Khasiat Hebat Dalam Buah Bidara


Buah bidara ada yang menggelarkannya buah epal Malaysia. Kan?

Ini antara khasiat buahnya..

1. Ianya berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kedudukan kandungan vitamin C di dalam buah bidara adalah lebih tinggi dari limau atau epal dan bawah sedikit dari buah jambu.

2. Buah bidara boleh digunakan dalam perubatan sebagai tampalan luka dan ulser, merawat penyakit paru-paru dan demam, juga boleh dicampur dengan garam dan cili sebagai rawatan gangguan fungsi pencernaan, pedih ulu hati dan mual.

3. Buah bidara yang kering boleh digunakan sebagai julap ringan.

5. Buah bidara juga adalah sumber terbaik bagi karotena, vitamin A dan C dan minyak lemak.

4. Biji buah bidara boleh melalikan, digunakan untuk menhentikan loya, muntah dan sakit perut semasa kehamilan, boleh juga digunakan untuk mengelak cirit biritdan tampalan pada luka serta jika dimasak bersama minyak boleh digunakan sebagai sapuan sakit sendi.

Ini antara 5 khasiat daun bidara ini..

1. Kandungan mineral kalsium yang sangat tinggi pada daun bidara, maka akan sangat berkesan untuk menguatkan dan merawat kesihatan tulang ataupun gigi.

2. Daun bidara sangat bermanfaat untuk merawat demam panas ataupun sejuk, baik pada orang dewasa ataupun kanak-kanak kanak-kanak kecil.

3. Manfaat daun bidara untuk kulit sangat berkesan untuk mengatasi keradangan pada kawasan kulit ataupun organ dalam tubuh.

4. Daun bidara sangat berguna untuk mengatasi bisul ataupun buasir pada dubur.

5. Daun bidara sangat berguna untuk mengatasi ejakulasi pra-matang atau lemah syahwat.

No comments

Powered by Blogger.