Setuju Tak 2 Perkara Ini Buat Lelaki Gemuk Selepas Kahwin? - Abang Terlajak Laris


Setuju Tak 2 Perkara Ini Buat Lelaki Gemuk Selepas Kahwin?


Boleh cakap hampir semua lelaki lepas jadi suami perut maju ke depan kan? Tak percaya, ini buktinya..

Menurut satu kajian yang ditulis oleh Families, Systems, and Health, 25 peratus lelaki mungkin mengalami kenaikan berat badan selepas berkahwin.

Jika dibandingkan dengan lelaki bujang, lelaki yang sudah berkahwin lebih cepat gemuk dan mengalami kenaikan berat badan.

Sebabnya ialah..

1. Mereka sudah memiliki cinta dan selesa dengan statusnya. Memandang sudah memiliki impian mendirikan rumah tangga, ramai lelaki kurang menjaga penampilan. Mereka tidak lagi mengawal dan menjaga pemakanan. Apatah lagi selepas bergelar suami, punya isteri yang pandai memasak dan makan minum sentiasa tersedia untuk mereka.

2. Dalam pada itu tanggungjawab pada anak dan isteri juga sering dijadikan alasan oleh pihak suami untuk tidak lagi bersukan seperti sewaktu bujang. Ini juga menyumbang pada kenaikan berat badan lelaki selepas berkahwin.

Setuju tak?

Olahan daripada: Vanillakismis 

No comments

Powered by Blogger.