Suami Jangan Malu Untuk Jadi Romantik Dengan Isteri - Abang Terlajak Laris


Suami Jangan Malu Untuk Jadi Romantik Dengan Isteri


Adakah anda suami yang romantik? Sebagai wanita tipu lah kalau mereka ni tak suka kalau suaminya seorang yang romatik. Betul ke tak? Bagaimana untuk menjadi romantik? 

Ciumlah isterimu wahai para suami! 

Lafazkanlah kata-kata cinta. 

Panggillah isteri anda dengan panggilan yang disukainya. 

Berkongsilah makanan dan minuman anda. 

Sentiasalah meluangkan masa bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan anda benar-benar mencintai dan menghargai isteri anda. 

Apabila isteri rasa dihargai, dia bukan saja sanggup memberikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan hidupnya demi suaminya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” - Hadis riwayat al-Tirmizi. 

Kata-kata Rasulullah SAW ini disokong dengan pengakuan Aisyah r.anha sendiri. Walaupun perkara-perkara ini nampak kecil, namun ia amat membahagiakan Aisyah sehingga dia sentiasa terkenangkan sikap-sikap romantis baginda SAW ini.

Perkara-perkara sebegini sepatutnya diusahakan oleh para suami untuk dipraktikkan terhadap isteri-isteri mereka yang tercinta kerana ada kalanya perkara yang kecil di mata suami tetapi ia amat besar menurut pandangan isteri. 

Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama sebagai suami isteri. 

Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga memerlukan cinta.

Cinta bukan sekadar perasaan yang disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Sebagai suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan ketika. 

Olahan daripada: pesonapengantin

No comments

Powered by Blogger.