Sudah Berkahwin? Ini 6 Pantang Larang Anda Kena Tahu! - Abang Terlajak Laris


Sudah Berkahwin? Ini 6 Pantang Larang Anda Kena Tahu!


Apabila sudah berkahwin, setiap pasangan tetap tidak terlepas dari pantang larang dan tetap ada perkara-perkara yang perlu dielakkan bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga sentiasa berpanjangan.

Order online, Hubungi/whatsapp: Puan Aida (019- 205 5680)
Perlu ada batas-batas. Ini antaranya..

1- Jangan puji orang luar, jiran tetangga atau saudara mara secara berlebihan.

2- Hindari dari meninggikan suara/menjerit memanggil pasangan. Tegur dan nasihatlah dengan nada rendah agar tidak mengguris hati.

3- Usah lontarkan kritikan pedas yang mengguris perasaan pasangan. Sentiasa membuka hati untuk menerima pandangannya.

4- Jangan berbohong dengan pasangan. Tiada tempat dalam syurga untuk si pembohong kerana rumah pertama dalam syurga adalah bagi mereka yang bercakap benar.

5- Usah meninggalkan isteri tanpa alasan dan sebab yang munasabah. Elak juga menjauhkan diri daripada isteri walau ketika isteri sedang haid.

6- Bersedia untuk mengakui kesilapan yang dilakukan. Usah sesekali merasakan diri tidak bersalah/betul setiap masa.

Sumber: suamiisteriislam

No comments

Powered by Blogger.