10 Tips Bisnes Untuk Orang Muda 20-an - Abang Terlajak Laris


10 Tips Bisnes Untuk Orang Muda 20-an


Satu perkembangan yang baik di Malaysia apabila saban tahun, lahir ramai usahawan muda berusia lingkungan 20 tahun hingga 25 tahun yang sudah berani memulakan bisnes sendiri. Abang nak kongsikan 12 tip bisnes khas untuk orang muda awal 20-an.

Semoga bermanfaat untuk anda!

1. Buang ego aku pelajar cemerlang, aku sudah pandai sebab masuk U, bapak aku sudah kaya. Barulah diri kita bersedia menerima lebih banyak ilmu. Baca buku dan tuntut ilmu dengan senior bisnes. Apabila ego menebal, ilmu susah masuk sebab perasan diri sudah pandai dan tahu banyak perkara.

2. Apabila tiba cuti semester, tawarkan diri untuk bekerja dengan orang bisnes samada dibayar atau tidak.

3. Belajar kenal pasaran. Turun padang buat aktiviti pemasaran dan jualan. Walaupun kita malu menjual, tujuan kita untuk belajar kenal pelanggan.

4. Hadir event-event bisnes walaupun perlu naik bas turun KL. Ilmu kita dapat, bulatan kenalan kita juga makin meluas.

5. Jangan terpengaruh nak join mana-mana bisnes sebab ditunjukkan kereta mewah sederet dan wang berkepuk. Khuatir kita akan bazir masa sebelum kita temui apa itu bisnes dalam erti kata sebenar.

6. Mulakan bisnes dengan modal di bawah RM1000. Jangan guna duit PTPTN.

7. Jauhkan diri, pekakkan telinga daripada buaya-buaya yang menawarkan peluang keuntungan mudah. Ini skim cepat kaya. Labur duit, duduk diam dan dapat pulangan bulan-bulan. Walaupun mesej dan imej mereka nampak Islamik. Walaupun mereka mengaku adik menteri atau kerabat di-raja sekalipun. Lari jauh-jauh!

8. Apabila sudah bekerja, jangan gatal buat personal loan sebab nak memodalkan bisnes. Pegang tip no 6, modal bawah RM1000. Jika rasa berduit sangat pun, jangan bermodal lebih RM2000. Belajar gandakan duit kecil. Bermula kecil, kembangkan setangga demi setangga sehingga besar.

9. Jika boleh buat pilihan, pilih untuk tidak tinggal bersama ibu-bapa terutamanya LELAKI. Kita belajar untuk berdikari. Kecuali atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

10. Belajar ilmu membina bisnes. Belajar kembangkan syarikat, belajar bangunkan ahli pasukan, lantik orang betul untuk jaga kewangan syarikat dan banyak lagi... Supaya makin lama makin berkembang bisnes kita, aset dan nilai syarikat juga makin bertambah!

Lama-lama jadilah jutawan!

Sumber: majalahniaga

1 comment:

Powered by Blogger.