3 Risiko Dalam Pembentukan Strategi Perniagaan Ini Anda Kena Tahu - Abang Terlajak Laris


3 Risiko Dalam Pembentukan Strategi Perniagaan Ini Anda Kena Tahu


Oleh kerana strategi perniagaan meletakkan perniagaan kita di atas landasan yang sepatutnya kita tuju, ianya juga mempunyai risikonya yang tersendiri. 

Tiga risiko utama adalah:

Risiko Permintaan
Matlamat strategi adalah untuk kita menjual barangan atau perkhidmatan kepada pasaran yang ditetapkan. Bagaimana jika apa yang kita tawarkan tidak kena dengan selera pelanggan? Atau harganya melangkau keupayaan pelanggan untuk membelinya?

Jika barangan atau perkhidmatan tidak laku, perniagaan tidak akan ke mana-mana dan akhirnya akan bungkus!

Risiko Pesaingan
Jarang sekali kita menjadi pembekal yang satu-satunya menawarkan barangan dan perkhidmatan yang kita pilih. Oleh itu kita tidak boleh lari dari pesaingan.

Walaupun kita tawarkan sesuatu yang baru, orang lain akan buka mata, terutamanya jika apa yang kita jual memberi margin keuntungan yang tinggi. Lagi cepat mereka memasuki ruang yang kita cuba sasarkan.

Risiko Keupayaan
Ada pepatah Melayu yang menyuruh kita mengukur baju di lengan sendiri. Ini bermakna jika kita tidak ada modal, daya pengeluaran atau jualan atau apa-apa perkara lagi yang amat perlu berdasarkan kepada strategi yang kita tetapkan, kita mungkin juga gagal.

Kata pepatah dunia perniagaan "kehebatan strategi adalah sehebat pelaksanaannya. Jika kita tidak mampu kerana terlebih rancang, strategi yang baik pun akan menyebabkan perniagaan kita berkubur.

Sumber: Nik Hasyudeen

No comments

Powered by Blogger.