Jangan Sampai Hubungan Suami isteri Jadi Hambar! 4 Tips Ni Korang Kena Lakukan - Abang Terlajak Laris


Jangan Sampai Hubungan Suami isteri Jadi Hambar! 4 Tips Ni Korang Kena Lakukan


Lelaki selalunya berfikiran mengikut logik manakala wanita melihat sesuatu perkara dengan lebih terperinci berserta emosi.

Bila rumahtangga diuji dengan macam macam dugaan, jangan pernah terbit rasa jemu menatap wajahnya, mendengar suaranya dan berbicara dengan pasangan.

Sebaliknya perasaan cinta harus terus dibaja agar sentiasa membara seperti pasangan pengantin baru.

1. Dalam hubungan suami isteri, belaian amat penting. Tanpa sentuhan, hubungan akan mudah menjadi hambar. Sentuhan di sini bukanlah bermaksud hubungan seks sahaja. Ia termasuk sentuhan yang mengungkap perasaan kasih sayang.

2. Melontarkan kata-kata yang enak didengar/ ayat ayat manis merupakan salah satu cara supaya hubungan suami isteri bahagia bagaikan pengantin baru. Cuba ingat kembali saat anda baru berkahwin dahulu. Macam pickup line.

3. Golongan wanita mempunyai hati yang mudah tersentuh. Apabila pasangan merajuk, jangan sesekali rasa malas hendak memujuk. Hati yang merajuk jika tidak dipujuk akan menjadi semakin parah.

4. Tiada salahnya memuji pasangan sendiri kerana dialah insan yang ada di sini untuk membahagiakan kita.

Berusahalah untuk lakukan 4 tips ni. Nak malu buat apa dah halal kan?

No comments

Powered by Blogger.