5 Khasiat Tembikai Susu (Honey Dew) - Abang Terlajak Laris


5 Khasiat Tembikai Susu (Honey Dew)


Tembikai Susu atau honeydew merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Ia berwarna putih dan manis. Buahnya berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya. Pokoknya menjalar seperti tembikai.

Terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis utama tembikai sus, yang bewarna kuning pucat dan kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air.

Isinya berbau harum dan amat manis apabila betul-betul masak. Tembikai susu yang di blend dengan susu adalah minuman kesukaan kita. Sedap sangat. Pada sapa yang tak pernah cuba, patut cuba!

Selain daripada rasanya yang sedap, tembikai susu ni juga mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan. Antaranya seperti berikut:

1. Tembikai susu kaya dengan Vitamin A, B Komplek dan C yang menjadikan ia makanan paling sesuai untuk menjaga kesihatan kulit dan saraf. Amalan memakan tembikai susu pada setiap hari akan menghasilkan kulit yang bersih dan sihat.


2. Kajian menunjukkan tembikai susu mengandungi carotenoid, salah satu daripada zat-zat makanan yang boleh menghindarkan barah. Pengambilan tembikai susu dapat memberi perlindungan daripada barah tujuh kali lebih baik daripada pemakanan yang yang mengandungi kandungan karotena yang rendah.

3. Bagi mereka yang berhasrat untuk menurunkan berat badan, tembikai susu adalah antara makanan yang sesuai diamalkan pada setiap hari kerana ia mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi manakala kalorinya rendah.

4. Tembikai susu adalah sangat berkesan untuk menangani masalah darah tinggi kerana  tembikai susu mengandungi potassium. Pottasium mampu mengawal serta mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.

5. Tembikai susu adalah antara ramuan utama yang sangat popular dalam dunia perubatan Cina untuk merawat penyakit hepatitis. Di Filifina pula ianya digunakan sebagai ramuan utama untuk merawat mereka yang menghadapi masalah pengaliran darah haid yang tidak lancar manakala di India ianya digunakan untuk mengubati kebengkakan dan ketumbuhan.

Sumber: Fruits Top 10 Healing

No comments

Powered by Blogger.