6 Perkara Anda Buat, Dalam Tak Sedar Pilih Kasih Terhadap Anak - Abang Terlajak Laris


6 Perkara Anda Buat, Dalam Tak Sedar Pilih Kasih Terhadap Anak


Membesarkan anak anak bukan mudah. Membahagikan kasih sayang supaya mereka tak tersisih. 

Sedar tak sedar, anda rupanya telah terpilih kasih dengan anak sendiri. Mungkin anda pernah lakukan perkara ini.

1. Jika memiliki beberapa orang anak pasti ada salah seorang anak yang boleh dibanggakan. Mungkin anak itu lebih cantik, lebih pintar atau kelebihan yang lainnya.

2. Seorang anak yang sakit biasanya akan lebih diberi perhatian oleh ibu bapa. Namun, jangan lupa untuk memberi perhatian pada anak-anak yang lain. Dampingi mereka yang buat mereka faham akan masalah yang sedang dihadapi.

3. Apabila anak dapat membantu meringankan beban ibu bapa, pasti dia akan menjadi kesayangan ibu bapa. Seharusnya ibu bapa tidak boleh berbuat demikian, kerana seharusnya anak yang tidak rajin itu harus dibimbing agar tidak malas.

4. Ada kalanya anak yang dibela itu bukan anak sendiri. Justeru, apabila memiliki anak kandung, anak angkat mula dipinggirkan kasih sayang serta perhatian ditumpukan pada anak kandung.

5. Selakunya si adik akan dimanjakan berbanding si abang/kakak.  Biasanya abang/kakak dan adik ini akan saling menyayangi apabila keluarga dapat memberi kasih sayang secara  adil, tetapi apabila dengan kehadiran adik kecil, abang/kakak  menjadi kurang kasih sayang, maka akan itu akan menyebabkan rasa iri hati dan cemburu timbul.

6. Kadangkala faktor jantina juga boleh menjadi punca pilih kasih. Ada ibu bapa yang lebih menyayangi anak perempuannya kerana menganggap bahawa anak perempuan harus dilindungi dan anak lelaki harus melindungi.Jika ada 6 ciri di atas, mak-mak kena muhasabah diri. Kenalah banyak bersabar. Anak bermasalah adalah ujian daripada Allah SWT. 

Jangan pula menjadikan itu alasan untuk meminggirkan anak yang bermasalah. Sepatutnya ibu bapa perlu lebihkan perhatian pada anak itu.

Sumber: mingguanwanita

Shampoo Upin & Ipin Jeng Jeng Jeng disukai oleh kanak kanak. Ia lembut dan dirumus khas untuk kulit kepala bayi sehinggalah golongan dewasa.

No comments

Powered by Blogger.