6 Perkara Anda Kena Lakukan Bila Bayi Anda Sembelit - Abang Terlajak Laris


6 Perkara Anda Kena Lakukan Bila Bayi Anda Sembelit


Sembelit pada bayi akan membuatkan kita menjadi risau. Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil untuk melegakan ketidakselesaan bayi anda dan mencegahnya daripada sembelit.

1. Jangan ambil makanan yang boleh menyebabkan sembelit


Bijirin beras
Pisang
Lobak yang dimasak
Keju
Yogurt
Roti putih
Pasta
Kentang berlebihan

2. Makanan Yang Membantu

Beri bayi anda makanan yang membantu melembutkan najis, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat. Buah-buahan dengan sorbitol (seperti epal dan plum) membantu mengelakkan najis daripada menjadi kering dan padat.

3. Makanan yang membantu melembutkan najis

Buah Pic (Peaches)
Aprikot
Pir
Plum
Kacang peas

4. Beri Minum Jus

Berikan bayi anda jus buah-buahan yang dicairkan dengan air, dua kali sehari. Sorbitol dalam jus buah-buahan (termasuk prune) membantu melegakan sembelit. Jus prun berkesan kerana terkandung sorbitol, asid kafeik, dan dihydrophenylisatin.

Untuk mencairkan jus:
Tambah 1 oz  jus untuk air 4 oz atau
Cairkan 1 oz jus dalam 2 oz air.

5. Urutan

Urut perut bayi, sebaik-baiknya semasa memandikan dengan air suam. Untuk urutan yang berkesan, urut bermula dari pusat dan urut ke luar mengikut arah jam. Urutan di perut boleh mempercepatkan pergerakan makanan melalui usus.

6. Gerakan

Gerakkan kaki bayi anda seperti membuat kayuhan basikal. Ini akan membuatkan otot perutnya bergerak dan menyebabkan tekanan lembut pada usus. Caranya:-

Baringkan bayi anda diatas tilam

7. Genggam kakinya

Gerakkan kakinya dalam gerakan berbasikal yang cepat tetapi lembut.

Sumber: Kelabmama

No comments

Powered by Blogger.