7 Khasiat Daun Kucai Yang Anda Tak Tahu - Abang Terlajak Laris


7 Khasiat Daun Kucai Yang Anda Tak Tahu


Kalau anda makan kuey teow goreng ataupun masakan cina pasti akan menemui daun kucai ni kan?
Ianya mempunyai khasiatnya tersendiri.

Ini antaranya..

1. Mampu melegakan sakit tekak. Ia juga mampu melegakan sakit perut yang ringan. 

2. Melindungi diri daripada penyakit jantung, strok dan juga mampu membantu tubuh mencegah bakteria yang menyebabkan penyakit. 

3. Mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.

4. Merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau.

5. Kucai bertindak sebagai bahan antiseptik untuk membunuh bakteria jahat yang terdapat dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses penyempitan serta pengembangan usus. 

6. Mengandungi vitamin C yang mampu mencegah selsema dan berupaya mempercepatkan penyembuhan dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus/lendir. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.

7. Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Oleh yang demikian, pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.

Sumber: stylecraze

No comments

Powered by Blogger.